Isnin, 17 Mei 2010

PERADUAN MEMBACA RAWI BAHAGIAN LELAKI PERINGKAT PEMILIHAN KAWASAN BRUNEI IV 1431H/2010M

Sekolah Ugama Masin telah mengadakan Peraduan Membaca rawi Bhg.Lelaki pada 16hb.Jamadilawal,1431H / 01hb.Mei,2010M bertempat di Sekolah Ugama Masin.



Isnin, 19 April 2010

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa/Penjaga Mengenai Khatam Al-Quran


Majlis ini telah diadakan pada Hari Juma'at 16hb.April,2010M bersamaan dengan 01.Jamadilawal,1431H, Jam: 8.30pagi, Bertempat : Sekolah Ugama Masin. Perjumpaan ini diadakan adalah kerana memberi taklimat mengenai Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid Darjah 6 sessi pagi & petang yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah pada masa yang akan datang (tarikh akan dimaklumkan kemudian). Dalam sessi taklimat itu, Ibu Bapa/Penjaga dimaklumkan bahawa tiada kutipan akan dibuat oleh pihak sekolah dan pakaian bagi murid-murid yang terlibat adalah memakai baju sekolah.


Selain daripada itu juga, pihak sekolah memberi taklimat mengenai peperiksaan akhir tahun bagi murid-murid Darjah 6, Subjek-subjek yang perlu lulus dalam peperiksaan dan lain-lain hal.

Alhamdulillah dengan kerjasama yang diberikan majlis tersebut dapat dijalankan dengan lancar.

Sabtu, 3 April 2010

Suasana sewaktu Ujian bulanan pertama

Suasana sewaktu Ujian bulanan pertama sedang dijalankan.Alhamdulillah ujian telah berjalan dengan lancar.Terima kasih kepada guru-guru yang memberi kerjasama dengan membuat soalan-soalan ujian, menyediakan kertas-kertas ujian untuk setiap-setiap kelas.
Gambar ini adalah suasana dari kelas darjah rendah atas, iaitu darjah 6 Ba.

Gambar ini pulak dari kelas darjah rendah atas, iaitu darjah 6 Alif. Gambar ini diambil sewaktu ujian kertas matapelajaran Tarikh.


Jumaat, 2 April 2010

Ujian Bulanan Pertama Bertulis

Ujian bulanan pertama bertulis bagi Darjah Pra hingga Darjah VI akan diadakan bermula pada Hari Isnin,4hb April 2010 sehingga Hari Khamis, 8hb April 2010.Sesi persekolahan adalah seperti biasa :

Darjah Rendah bawah sesi awal
Pra & I : 2.00 - 3.30 ptg

Darjah Rendah bawah sesi akhir
II & III : 3.30- 5.30 ptg

Darjah Rendah atas
IV,V & VI : 2.00-5.30 ptg

Isnin, 24 Ogos 2009

Majlis Tadarus Guru2 dan Murid2

Majlis Bertadarus Sempena Bulan Ramadhan 1430H

Sepanjang bulan Ramadhan pada tahun 2009/1430 ini, murid-murid darjah rendah atas bersekolah bermula dari pukul 12.30 tengahari hingga ke pukul 2. Murid-murid telah dibahagikan kepada guru-guru yang akan mentasmie' bacaan mereka.

Didalam 1 kumpulan akan mempunyai 7-8 orang murid-murid.Sebelum majlis bertadarus,murid-murid akan berkumpul untuk sembahyang jemaah Fardhu Zuhur.Terdapat beberapa hari sewaktu berpuasa ini terkandung dalam Ujian Bulanan bertulis yang kedua.Selepas sembahyang,guru akan mentasmie' bacaan murid-murid selama 15 minit dan kemudian murid-murid akan bersedia untuk menghadirkan diri untuk Ujian di dalam kelas.Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar sewaktu aktiviti ini berlaku sepanjang bulan ramadhan.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Aktiviti Program 3K


















Aktiviti Program 3K 2009

Guru- Guru telah menghadirkan diri pada sebelah pagi sehingga pukul 11 pagi,bermula hari Isnin hingga hari Khamis bagi membisaikan taman-taman sekolah dan menambah-menambah bunga supaya ia berseri (ehe..berseri kh??) dan nyaman mata memandang.

Guru-guru sibuk mencangkul-cangkul, mengangkat bata..(barat kali x ah), menanam bunga, menambah tanah bbaja (bau x ah).Tugas guru di sekolah ni bisai, macam- macam tugas pemandainya.(pandai kh??sikit2 adalah..Alhamdulillah..dapat jua dibuat).Kalau inda pemandai..inda lawa sekolah kami..ehe baru ya..:p.Dari masa ke semasa, Program 3k akan memantau zon-zon taman sekolah.


Ahad, 1 Februari 2009

Majlis Berdikir Sambutan Maulud Nabi

Majlis Berdikir Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W

Bila tibanya tarikh kebesaran Islam iaitu keputeraan Nabi Muhammad S.A.W,umat Islam baginda menunjukkan rasa cinta dan sayang pada baginda melalui dengan berselawat dan berdikir mulai tanggal 1hb Rabiulawal hingga lah 12hb Rabiulawal.

Manakala warga Sekolah Ugama Masin akan mengadakan aktiviti berdikir bermula seminggu sebelum tarikh keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.Murid-murid akan berkumpul dilorong bangunan Sekolah bersama-sama dengan guru-guru.Murid-Murid yang mengikuti aktiviti ini terdiri dari Darjah Rendah Atas 4 , 5 dan 6.Bila hari terakhir melakukan aktiviti berdikir, majlis ini melibatkan semua murid-murid dari darjah rendah bawah sesi akhir ( darjah 2 & 3 ) dan murid-murid darjah rendah atas.Berdikir selalu nya bermula pada pukul 4 petang hingga 5 petang.


 
Copyright Sekolah Ugama Masin 2010. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .